This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Monday, 10 October 2011

SELEKSI SERAM...

Phero-Max Copyright 2006.
TM

PHERO-MAX : THE SCENT OF SEDUCTION
Pada keesokkan harinya pulak, kejadian menjerit-jerit ni berlaku lagi tapi pada orang lain pulak lepas sorang reda kena pada orang lain pulak. Macam pesta pulak, ada yang mengilai, ada yang menjerit, ada yang ketawa, seram pulak aku tengok perangai masing-masing nasib baik aku tak kena. Kejadian ni pulak berlarutan hampir setengah bulan, ramai yang berhenti kerja sebab takut. Kalau nak ke tandas pulak nak kena berteman, yelah takut terkunci dengan sendiri sebab pernah terjadi kat aku sebelum ni, nasib baik tak jumpa apa-apa, melaung-laung jugak la aku kat dalam tu mujur ada orang yang dengar.

Setelah diselidik rupanya ada sebab apa yang telah berlaku. Cerita ini diceritakan sendiri oleh pak guard kat tempat aku bekerja tu. Dia ada melihat satu lembaga putih terbang dari pokok saga di depan kilang dan terus menjilat pada kesan darah minah yang terlanggar pagar tu. Dan pak guard tu cerita, dulu tempat ni kebun milik seorang yang kaya kat kampung ni dan dia takut hartanya di ceroboh maka dia telah menanam tengkorak di setiap penjuru kebunnya sebagai guard la tu kot. Dan bila orang tu meninggal lupa pulak dia nak halau guard dia tu, sampai la kilang tu didirikan kat situ, kira marah la penunggu tu agaknya. Konon-kononnya lembaga tu mengamukla, mengamuk kerana apa pak guard tu pun tak berapa pasti. Tapi yang pastinya semenjak dari itu lah kejadian histeria tu terjadi. Pihak atasan tidak berapa percaya dengan perkara ni. Budak-budak yang terkena histeria tu ada cerita katanya dada mereka seolah-olah dipukul dengan kepala-kepala tengkorak tanpa henti, tu yang menjerit-jerit tu.

Dan untuk menghalau penunggu tu kata sepakat telah dibuat, maka diadakan "samak" entah apa samak tu pun aku pun tak tau. Dipanggilnya bomoh tak mana-mana punya bomoh nak halau hantu tu. Entah apa yang bomoh tu meraban aku pun tak tau, selepas daripada itu kilang aku tu pun kembali aman. Lebih kurang tu la citenye, tapi banyak yang khurafat.... tak taulah aku setakat mana kesahihan kejadian yang sebenar. Wasallam.

Cerita Asal : ayang2 (wangsa maju)

UNTUK TATAPAN BELIA KUBANG PASU

JOM PAKAT KITA RENUNGKAN...KEBAHAGIAAN KITA DAN KELUARGA,KESEJAHTERAAN,KEHARMONIAN,KESELESAAN SEMUA ITU DATANG NYA DARI KESUNGGUHAN ORG LAMA YANG MENAIKKAN PEMBANGUNAN DAERAH KUBANG PASU...DAN MEREKA YG MEMPERJUANGKAN DAERAH KITA YANG TERCINTA....KADANG-KADANG ADA YANG TERPANCUL DI BENAK MINDA...KITA HIDUP DISINI DAPAT SUBSIDI KERAJAAN,HOSPITAL, SEKOLAHKAN ANAK-ANAK...KENAPA KITA TAK BERSYUKUR...TETAPI SEBALIKNYA MENYALAHKAN KERAJAAN PUSAT...SAMAN EKOR,HARGA ROKOK NAIK,MINYAK NAIK...BERMACAM LAGI..NAK BARANG FREE...ENTAH LAH...KITA KENA TANYA DIRI KITA APA YANG KITA BOLEH BUAT UNTUK NEGARA BUKAN NYA APA NEGARA BOLEH BUAT UNTUK KITA...SEBAB SEMUA NYA BERMULA DARI KITA...


P6 KUBANG PASU
Jumlah Pengundi: 54,795
Peratusan Kaum: M:95.72% C:2.57% I:1.27% L:0.43%
1. Datuk Johari Baharom (BN) (24,179)
2. Dr. Isa Ismail (Pas) (17,119)
Majoriti: 7,060
Jumlah undi: 42,226
Peratus mengundi: 77.06%
Undi rosak: 928
Penyandang: Datuk Johari Baharom (BN)
(Majoriti: 13,712 undi)


N5 BUKIT KAYU HITAM
Jumlah Pengundi: 25,734
Peratusan Kaum: M:96.00% C:2.22% I:1.04% L:0.72%
1. Datuk Ahmad Zaini Japar (BN) (13,219)
2. Che On Yusof (PKR) (6,224)
Majoriti: 6,995
Jumlah undi: 19,966
Peratus mengundi: 77.59%
Undi rosak: 523
Penyandang: Datuk Khalidah Adibah Ayob (BN)
(Majoriti: 6,972 undi)


N6 JITRA
Jumlah Pengundi: 29,061
Peratusan Kaum: M:95.48% C: 2.87% I:1.48% L:0.17%
1. Datuk Saad Man (BN) (12,065)
2. Dr. Rohani Abd. Mutalib (Pas) (9,807)
Majoriti: 2,258
Jumlah undi: 22,245
Peratus mengundi: 76.55%
Undi rosak: 373
Penyandang: Prof. Datuk Dr. Othman Ishak (BN)
(Majoriti: 5,756 undi)

P5 JERLUN
Jumlah Pengundi: 45,056
Peratusan Kaum: M:90.23% C:8.20% I:0.06% L:1.51%
1. Datuk Mukhriz Tun Mahathir (BN) (19,424)
2. Idris Ahmad (Pas) (17,219)
Majoriti: 2,205
Jumlah undi: 37,242
Peratus mengundi: 82.66%
Undi rosak: 599
Penyandang: Datuk Abdul Rahman Ariffin (BN)
(Majoriti: 2,142 undi)


N3 KOTA SIPUTEH
Jumlah Pengundi: 20,281
Peratusan Kaum: M:91.69% C:7.46% I:0.08% L:0.78%
1. Datuk Abu Hassan Sarif (BN) (8,160)
2. Ismail Wan Teh (Pas) (7,665)
Majoriti: 495
Jumlah undi: 16,103
Peratus mengundi: 79.4%
Undi rosak: 278
Penyandang: Abu Hasan Sarif (BN)
(Majoriti: 1,573 undi)


N4 AYER HITAM
Jumlah Pengundi: 24,775
Peratusan Kaum: M:89.04% C:8.81% I:0.04% L:2.11%
1. Abd. Ghani Ahmad (Pas) (10,652)
2. Datuk Othman Aziz (BN) (10,146)
Majoriti: 506
Jumlah undi: 21,150
Peratus mengundi: 85.37%
Undi rosak: 352
Penyandang: Datuk Othman Aziz (BN)
(Majoriti: 860 undi)

Wednesday, 5 October 2011

Penghuni Misteri di Gunung Jerai

Hampir jam 8.00 malam, dua orang gadis terus berkeliaran di sekitar puncak gunung jerai. Mereka tercari-cari seseorang. Di puncak gunung itu, kedua-dua gadis ini telah bertemu dengan seorang lelaki bernama Ramli bin Haji Khamis, 48. Dia bekerja dengan sebuah organisasi yang terletak di puncak gunung itu. Sudah hampir 20 tahun beliau bekerja di situ.

''Abang, kami nak bermalam di sini, di Padang Tok Sheikh, boleh tak ? '' Tanya salah seorang daripada mereka. Namanya Rasidah. Kawasan padang yang ditanyakan oleh gadis itu adalah sebuah tempat lapang di puncak gunung itu. Ia dipanggil Padang Tok Sheikh.

En.Ramli bingung. Biasanya orang yang hendak berkhemah atau berkelah di situ memang akan bertanya dan meminta kebenaran daripada beliau terlebih dahulu. Boleh atau tidak, beliau yang akan putuskan.

Tapi kali ini beliau terpaksa menegah kerana sungguh tidak molek anak gadis bermalam di situ. Lalu beliau menyuruh kedua-dua gadis yang bertelekung ini pulang sahaja. Namun gadis-gadis itu enggan. '' Tolonglah bang, malam ni aja. Lepas ni, kami takkan datang lagi,'' pinta Rasidah lagi.

En.Ramli tidak mahu berganjak daripada keputusannya. Berulang kali difikirkannya, apa gadis-gadis ini tidak takut dengan gunung ini ? Gunung ini 'bernyawa'. Ia banyak menyimpan cerita misterinya yang tersendiri.

Orang-orang di Gurun, Kedah, semuanya tahu puncak gunung itu adalah perkampungan bunian. Di puncak itu ada sebuah kerajaan besar. Ada istana dan pemerintahnya. Juga, ada kampung-kampung dan rakyat jelatanya.

Jadi, tidak perlu gadis-gadis tersebut bermalam di puncak gunung itu. Bahaya! Nanti disorok orang bunian. Tetapi berulang kali beliau menghalang, ada-ada saja alasan yang diterimanya.

''Kami dah janji dengan tok wan. Tok wan nak datang malam ni. Bolehlah, bang…'' rayu Rasidah, tinggi suaranya.

Tok wan mana pula, fakir En.Ramli. Ada sesuatu yang tidak kena ! Segera beliau amati wajah kedua-dua gadis yang bertelekung ini. Air muka mereka berdua manis dan berseri. Berumur sekitar awal 20-an. Salah seorang daripada mereka senyap sahaja, hanya Rasidah yang bersuara. Pada pandangan Ramli, gadis-gadis ini bukan jelmaan makhluk halus. Bukan… mereka bukan orang bunian !

''Tolonglah, bang. Puteri dah mimpi semalam ! Tok wan nak datang malam ni. Puteri dah janji dengan tok wan,'' kata Rasidah lagi.

Puteri ? Siapa puteri ? Fikiran beliau semakin bercelaru. Siapakah gadis-gadis ini sebenarnya ? Mengapa lain benar percakapan mereka ?

Lalu beliau cuba menakut-nakutkan mereka. En.Ramli katakan yang hutan itu penuh dengan binatang buas. Di sekitar gunung itu sudah ramai orang yang hilang nyawa diserang gajah meroyan, harimau, atau dipatuk ular, kala jengking, bisa lipan bara dan binatang-binatang buas yang lain.

''Tak mengapa, bang. Tok wan ada, tok wan boleh halau binatang-binatang tu. Puteri pun ada !'' jawab Rasidah. Ah! En.Ramli semakin terasa aneh dengan percakapan gadis ini. Siapa tok wan itu ? Siapa pula puteri itu ?

Tiba-tiba, ada suara aneh hinggap ke telinga En.Ramli. Seakan ada orang meniup-niup telinganya dan berulang kali suara itu menyebut Puteri Delima. ''Puteri Delima. Puteri Delimaaaa !! '' beliau terpaku. Siapa yang bercakap ? Darahnya mula berderau. Puteri Delima mana pula yang hendak datang, fikirnya berulang.

''Sayalah Puteri Delima !'' kata gadis yang duduk di sebelah Rasidah. Gadis yang senyap sahaja dari tadi itu mulai bersuara. Matanya berkilat. Kemudian dia tersenyum lebar dan ketawa terkekek-kekek. ''Ehh… ehheeee…! Ehh… ehheeee… ! Saya nak jumpa tok wan ! Saya nak jumpa tok waaaaaan!!!! '' kata gadis itu yang tidak putus-putus tersenyum dan memandang Ramli.

En.Ramli tergamam. Terus dia benarkan gadis-gadis itu pergi ke Padang Tok Sheikh kerana gadis-gadis ini bukan manusia biasa lagi. Mereka sudah dirasuk bunian, beliau terpaksa tunaikan saja permintaan mereka.

Esoknya En.Ramli diberitahu rakan-rakannya, kedua-dua gadis tersebut ada berjumpa dengan orang-orang yang bekerja di sekitar gunung itu. Malam itu juga gadis-gadis tersebut telah dapat berjumpa dengan tok wan yang dimaksudkannya. Dakwa kawan-kawan beliau, tok wan itu seorang lelaki tua dan beserban hijau. Mereka berjumpa di Padang Tok Sheikh. Peristiwa ini baru berlaku dua tiga tahun lepas.

Pada pengalaman En.Ramli, apa yang mereka lihat itu adalah kelibat orang-orang bunian. Kawasan padang itu adalah salah satu daripada penempatan orang-orang bunian tersebut. Hutan rimba di sekeliling padang dan kawasan air terjun berdekatan juga adalah daerah kerajaan bunian.

Dahulu ada sekumpulan anak muda yang ternampak istana bunian di tepi air terjun di situ. Mujur mereka cepat-cepat beredar. Kalau mereka masuk ke kawasan istana itu, mungkin mereka semua akan hilang dibawa ke alam ghaib.

Orang-orang bunian ini memang sungguh menawan paras rupa mereka. Yang perempuan cantik, yang lelaki pula kacak. Ada para pemuda dan pemudi yang mudah benar jatuh cinta apabila melihat makhluk-makhluk halus ini.

Mereka mengekori pemuda dan pemudi bunian itu ke dalam hutan dan akhirnya, ramai yang telah tersesat. Malah ada yang terus hilang di hutan rimba gunung itu, sampailah sekarang tidak ditemui.

En.Ramli sendiri selalu terlihat orang bunian yang masuk ke dalam surau di puncak gunung itu. Di ketika yang lain, Ramli ternampak seorang lelaki tua bunian yang berserban mengambil air sembahyang di perigi yang ada di situ.

Sebenarnya En.Ramli sudah banyak melalui pengalaman dahsyat yang dikatakan angkara makhluk-makhluk halus. Pada awal tahun 2000, ada seorang lelaki berusia pertengahan umur 20-an telah hilang di gunung itu. Jadi, beliau diminta untuk membantu usaha polis mencari pemuda tersebut kerana dia cukup arif tentang kawasan pergunungan itu.

''Kita cari di sekitar air terjun dulu. Kalau tak jumpa juga, kita redah hutan ni,''kata En.Ramli pada polis-polis tersebut. Tetapi sudah hampir tiga hari, usaha mencarinya masih tidak membuahkan hasil. Tetap buntu. Sehinggalah pihak polis terpaksa menggunakan anjing pengesan untuk mencarinya.

Akhirnya, pemuda itu berjaya juga ditemui setelah hampir seminggu dicari. Pemuda itu dijumpai di sekitar kawasan hutan yang tidak jauh dari kawasan air terjun tadi.

Malang sekali, pemuda itu sudah tidak bernyawa lagi. Mayatnya ditemui dalam keadaan sungguh mengerunkan. Kepalanya putus. Dia seakan diserang oleh gergasi. Badannya berlumuran darah dan penuh luka. Cebisan pakaiannya yang koyak rabak bersepah-sepah diserata tempat. Apa sebenarnya yang telah terjadi ?

En.Ramli yakin ini bukan angkara binatang buas. Itu angkara bunian kerana sebelumnya mereka sudah pun mencari di serata puncak gunung itu, pemuda tersebut gagal ditemui. Tetapi mengapa beberapa hari kemudian tiba-tiba sahaja mayatnya dijumpai berhampiran dengan air terjun itu ? Mesti ada sebab yang lain.

En.Ramli percaya pemuda itu dibunuh dan disorok bunian. Lagipun, kawasan air terjun itu dan hutan- hutan di sekitarnya adalah tempat letaknya perkampungan bunian. Air terjun itu dipanggil tasik lima beradik kerana ia adalah tempat lima orang puteri bunian bermandi-manda. Puteri-puteri itu diceritakan terlalu cantik, tiada tandingan berbanding kecantikan manusia. Sambil mandi, mereka ketawa beramai-ramai.

Beliau juga selalu mengingatkan para pengunjung, andainya mereka melihat lima puteri yang jelita itu, janganlah sesekali tergoda. Apatah lagi cuba-cuba menyimpan hajat mendekati mereka. Sesiapa yang terpedaya, nescaya akan lenyap ke alam bunian, kemudian hilang dari alam nyata.

Di pinggir air terjun pula, kata En.Ramli, terletaknya istana bunian. Istana itu tersergam indah. Di sekelilingnya terdapat perkampungan bunian. En.Ramli memberi amaran kepada pengunjung, jangan dekati istana dan perkampungan itu. Silap langkah mereka akan di bawa masuk ke alam bunian dan terus lenyap.

Ramli percaya, pemuda yang mati itu telah termasuk ke alam bunian tersebut. Walaupun kematian pemuda itu disahkan akibat serangan binatang buas, tapi Ramli kurang setuju. “Ini kerja bunian,” berkali-kali dikatakan begitu.

Oleh kerana itulah En.Ramli selalu mengingatkan para pengunjung supaya jangan cakap besar, takbur dan riak. Kalau tidak, nanti dapat kecelakaan. Tambah lagi buat perkara-perkara yang tidak elok, bala mungkin akan menimpa.

''kalau ada apa-apa perkara yang pelik berlaku, jangan tegur. Lebih baik, diam ! Kalau ternampak benda-benda yang ganjil, tinggalkan. Ini kampung bunian '' pesan En.Ramli.

Gunung itu sering 'mengambil nyawa' manusia yang berniat tidak baik. Mungkin ada benarnya ia angkara binatang buas, tapi bagi En.Ramli, mungkin juga disebabkan orang bunian. Sama juga dengan kebanyakkan kejadian orang mati lemas di kawasan air terjun di kaki gunung itu. En.Ramli percaya semua itu angkara bunian.

Nama gunung itu, Gunung Jerai. Orang-orang di Gurun, Kedah sentiasa berhati-hati apabila ke sana. Kalau ada orang luar yang mahu ke gunung itu dan berjumpa En.Ramli, dia akan berpesan, ''hati-hati. Jangan main-main dengan pengunggu Gunung Jerai ini. Tempat ini keras ! ''

Sunday, 2 October 2011

INFO TERNAKAN AYAM KAMPUNG

PENDAHULUAN

Aktiviti penternakan ayam kampong telah ujud zaman berzaman sejak datuk nenek kita dahulu. Generasi pertama ayam atau nama saintifiknya Gallus domesticus adalah dari keturunan ayam hutan merah (Gallus gallus) . Dengan kemasukan pedagang-pedagang dari Negeri China lahirlah generasi kedua ayam kampong iaitu kacukan diantara ayam kampong generasi pertama dengan ayam kampong Canton dari Negeri China. Generasi ketiga ayam kampong adalah terhasil dari kacukan beberapa baka asli dari luar negeri yang dibawa oleh penjajah Eropah dengan generasi kedua ayam kampong. Dengan ketiadaan sistem kacukan yang dirancang dan terkawal maka terhasillah berbagai-bagai ayam kampong yang dapat kita lihat hari ini . Adalah sukar untuk menghuraikan jenis-jenis ayam kampong dari sifat-sifat fizikalnya. Perbezaan ketara adalah dari saiz badan juga menjadikan ayam kampong mempunyai ciri-ciri keunikannya tersendiri. Maka lahirlah berbagai gelaran ayam kampong seperti Ayam Botak, Ayam Bulu Balik, Ayam Selasih, Ayam Janggut, Ayam Laga atau Sabung, Ayam Togel, ayam Katik atau Ayam Jepun dan bermacam-macam lagi gelaran mengikut tempat dan loghat.

TUJUAN MEMELIHARA AYAM KAMPONG

Adalah untuk menggalakkan penternak kecil memelihara ayam kampong. melalui aktiviti ini negara dapat mengimport bahan-bahan makanan ayam disamping meningkatkan pengeluaran bahan-bahan makanan ayam tempatan. Disamping itu;

Telur dan daging untuk makanan keluarga
Telur boleh ditetaskan untuk pembiakan
Andai berlebihan boleh dijual untuk menambah pendapatan.
KEISTIMEWAAN AYAM KAMPONG

Boleh dibiakkan sepanjang tahun
Boleh dipelihara secara bebas pada waktu siang
Sisa makanan rumah boleh diberikan tanpa had
Ibu dapat menetaskan telur dengan sendirinya.
Ibu boleh mengawal anak-anaknya dari cuaca sejuk dan gangguan musuh.
SISTEM PERUMAHAN

Reban diperlukan untuk melindungi daripada cuaca buruk dan gangguan musuh. Boleh dibuat menggunakan ” Sistem Lantai Atas ” atau ” Sistem Lantai Bawah .
1 ekor ayam memerlukan 1 kaki persegi. Jika 20 ekor ayam, keluasan lantai ialah 20 ekor kaki persegi. reban seluas 4 kaki x 5 kaki memadai.
kayu hutan, kayu sayung, buluh , dawai mata punai atau pukat
gunakan peralatan makan/minum yang murah.
PEMAKANAN AYAM

Terdapat dua (2) jenis makanan iaitu:-

Makanan komersil/dagangan
Makanan Ayam Permulaan (Layer Starter Mash)
Makanan Ayam Membesar (Layer Grower Mash/Pellet)
Makanan Ayam Penghabisan (Layer Finisher Mash/Pellet)
Makanan Campuran atau Sisa Makanan
Lebihan nasi, hampas kelapa, isi kelapa
Dedak, beras hancur, padi, ubi kayu/keledek
Ikan baja dan lain-lain
PENGURUSAN

Pengurusan anak (1 hari – 4 minggu)

Pastikan anak ayam mendapatkan suntikan pencegahan penyakit
Beri makanan bermutu dan minuman secukupnya
Pastikan ada lampu untuk memberi kepanasan sehingga umur 2 minggu
Peringkat membesar hingga bertelur (4 minggu – 22 minggu)

Pastikan anak ayam mendapat suntikan pencegahan penyakit
Boleh dilepaskan pada siang hari
Makanan campuran atau lebihan sisa makan boleh diberi
Sediakan sarang bertelur
Elakkan mengganggu ibu yang sedang mengeram
PEMBIAKAN

Melibatkan perkahwinan secara tabie/asli
1 ekor ayam jantan untuk 10 ekor ayam betina
Dipelihara di dalam reban dengan penyediaan sarang bertelur
Tempat yang sunyi,kering dan bebas dari gangguan
Kebiasaan boleh mengeram sehingga 15 biji telur dalam jangkamasa 21 hari.
KAWALAN DAN PENCEGAHAN PENYAKIT

Penyakit ayam boleh disebabkan oleh:-

Warisan
Pemakanan
Pengurusan
Persekitaran
Jangkitan
Langkah-langkah Pencegahan Penyakit

Reban sentiasa bersih
Anak ayam bebas dari penyakit
Jauh dari ternakan dan haiwan lain
Pelawat perlu dikawal
Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan
Semua ayam perlu diberi suntikan pencegahan penyakit
Ayam yang mati hendaklah ditanam atau dibakar untuk mengelakkan jangkitan kepada yang sihat.
Program Pencegahan penyakit

Umur 1 hari – Sampar Ayam “F” (Biasanya telah dibuat ditempat penetasan)
Umur 3 – 4 minggu – Cacar Puru ayam dan Sampar “F”
Umur 6 – 8 minggu – Sampar ” S “

Tanda-tanda Am Ayam Berpenyakit

Kurang nafsu makan
Monyok dan tidak aktif
Pucat, bersin, keluar hingus dari hidung
Muka bengkak
Berak cair atau berdarah
Gangguan saraf seperti sayap lemah, kaki lemah, kepala berputar dan sebagainya.
JENIS-JENIS PENYAKIT AYAM

Sampar ayam (ND)
Penyakit Gumboro (IBD)
Puru
Salmonellosis
Pasteurellosis
Lain-lain
Sekiranya ayam-ayam anda menunjukkan tanda-tanda penyakit, sila dapatkan nasihat daripada pegawai di Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berdekatan.

Galeri Ayam Kampung



Pemasangan bidai bagi mengelakkan telor terkena air hujan.


Bangsal ternakan ayam kampung yang dibahagikan kepada tiga petak iaitu untuk induk ayam, anak ayam dan ayam dara (dewasa)



Pemasangan pagar tertutup bagi mengelakan kemasukan dan gangguan bintang buas



Anak ayam yang berumur 1 bulan

ORANG KUAT KBS DAHULU HINGGA KINI

Menteri-menteri KBS lalu
Rencana utama: Menteri Belia dan Sukan Malaysia
Y.T.M. Tungku Abdul Rahman Putra Al Haj, Perdana Menteri merangkap Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. (1964-1966)
Y.B. Encik Senu bin Abdul Rahman (1966-1968)
Y.B. Dato` Hamzah bin Abu Samah (1969-1973)
Y.B. Dato` Ali bin Haji Ahmad (1973-1978)
Y.B. Dato` Samad bin Idris (1978-1980)
Y.B. Dato` Mokhtar bin Hashim (1980-1983)
Y.B. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim (1983-1984)
Y.B. Datuk Dr. Sulaiman bin Haji Daud (1984-1986)
Y.B. Dato` Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak (1986-1990)
Y.B. Dato` Annuar bin Musa (1990-1993)
Y.B. Tuan Haji Abdul Ghani bin Othman (1993-1995)
Y.B. Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Yassin (1995-1999)
Y.B. Dato` Hishammuddin bin Tun Hussein (1999-2004)
Y.B. Dato' Seri Azalina Bt. Othman Said (2004-2008)
Y.B. Datuk Ismail Sabri Yaakob (2008-2009)
YB. Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek (2009-kini)
[sunting]Timbalan-timbalan menteri KBS lalu
Y.B. Engku Mohsein bin Abdul Kadir (1964-1969)
Y.B. Dr. Neo Yee Pan (1976-1977)
Y.B. Encik Mak Hon Kam (1978)
Y.B. Dato` Chin Hon Ngian (1979-1982)
Y.B. Datin Paduka Chow Poh Kheng @Rosemary Chong (1983-1984)
Y.B. Encik Wang Choon Wing (1985-1986)
Y.B. Dato` Teng Gaik Kwan (1988)
Y.B. Dato` Loke Yuen Yow (1995-1999)
Y.B. Dato` Ong Tee Keat (1999-2006)
Y.B. Dato' Liow Tiong Lai (2006-2008)
Y.B. Dato' Wee Jack Seng
[sunting]Setiausaha KBS lalu
1.Y.B. Encik Mokhtar bin Hasim (1972-1973)
2.Y.B. Encik Rais bin Yatim (1974-1976)
3.Y.B. Encik Saadon bin Noh (1977)
4.Y.B. Encik Luhat Wan (1978-1982)
5.Y.B. Encik Mustaffa bin Mohamad (1983)
6.Y.B. Tuan Haji Awang bin Jabar (1984-1990)
7.I.P.B. Dato` Ismail Said (1990-1995)
8.Y.B. Dato` Shahrizat binti Abdul Jalil (1995-1999)
9.Y.B. Encik S. A Vigneswaran (Ogos 2004-2008)
[sunting]Ketua-ketua Setiausaha KBS lalu
1.Y.Bhg. Encik Zainal Abidin bin Endut (1964-1967)
2.Y.Bhg. Encik Wan Ahmad bin Wan Omar (1967-1969)
3.Y.Bhg. Encik Sulaiman bin Mohd. Amin (1969-1970)
4.Y.Bhg. Encik Megat Mahmud bin Haji Megat Ismail (1970-1971)
5.Y.Bhg. Encik Jamaludin bin Haji Abu Bakar (1971-1973)
6.Y.Bhg. Encik Ahmad Sabki Jahidin (1974-1977)
7.Y.Bhg. Encik Sulaiman bin Mohd. Amin (1977-1981)
8.Y.Bhg. Dato` Wan Mansor bin Wan Abdullah (1981-1984)
9.Y.Bhg. Dato` Abu Bakar bin Haji Mohd Said (1984-1990)
10.Y.Bhg. Encik Ahmad Zabri bin Ibrahim (1990-1991)
11.Y.Bhg. Dato` Abdul Wahab bin Adam (1991-1995)
12.Y.Bhg. Dato` Shamsuddin bin Md.Dubi (1995-1996)
13.Y.Bhg. Dato` Ahmad Bakri bin Shabdin (1996-1999)
14.Y.Bhg. Dato` Mahamad Zabri bin Min (1999-2003)
15.Y.Bhg. Dato' Talaat Bin Hj Husain (2003-Ogos 2004)
16.Y.Bhg.Dato' Nik Mahmud Bin Nik Yusof (Ogos 2004-2005)
17.Y.Bhg.Dato' Mohd Arif Bin Abu Bakar(Ogos 2005-2006)
18.Y.Bhg.Dato' Mohd Yasin Bin Mohd Salleh( 2006-2010)
19.YB DATO' SRI AHMAD SHABERY CHEEK 2011

PENGAMBILAN PESERTA PROGRAM

PENGAMBILAN PESERTA PROGRAM
Bagi mendapat penyertaan yang tepat dan sesuai dengan program yang
ditawarkan peserta akan melalui beberapa tahap penilaian. Bagi memudahkan
penyertaan carta aliran seperti berikut telah digunakan :-
Bil Bulan Aliran Kerja
1. Januari Borang penyertaan untuk semua jenis pertukaran
Belia Antarabangsa dihantar ke Jabatan Belia dan
Sukan Negeri dan disebarkan kepada Pejabat Belia
dan Sukan Daerah serta NGO di semua peringkat.
2. Februari - Mac Jabatan Belia dan Sukan Negeri mengadakan proses
temuduga dan pemilihan peserta.
3. Mac - April Peserta yang terpilih di dalam temuduga dipanggil
untuk menghadiri Kem Pemilihan peserta SSEAYP.
4. Bergantung kepada
tarikh sebenar
program.
Peserta yang berjaya di dalam kem pemilihan akan
dipanggil untuk menyertai PDT
(Pre Departure Training).
5. Bergantung kepada
tarikh sebenar
program.
Program sebenar berlangsung.
6. Bergantung kepada
tarikh sebenar
program.
Penilaian program oleh peserta.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN PENYERTAAN.
Syarat-syarat permohonan berdasarkan kepada :-
1. Syarat Wajib
i. Umur 18 hingga 30 tahun pada 1 April .
ii. Mewakli pertubuhan belia atau IPT ( Sekretariat Rakan Muda ).
2. Boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan baik.
3. Berbakat dan kreatif dalam bidang keseniaan dan sukan.
4. Bersedia memikul tanggungjawab sebagai duta kecil.
5. Kewibawaan dan kepimpinan.
6. Mempunyai jati diri dan taat kepada perintah agama.
7. Tidak mementingkan diri dan sanggup membantu orang lain.
8. Bersedia untuk bekerja lebih masa.
9. Wajib menghadiri semua kursus yang disediakan.
10.Pengetahuan am yang luas terutama mengenai persatuan belia.14 15

TAHAP PENILAIAN PESERTA.
Peserta pula diwajibkan melalui beberapa tahap penilaian seperti di bawah:-
i. Menghadiri temuduga di peringkat Jabatan Belia dan Sukan
Negeri masing-masing.
ii. Menghadiri kem pemilihan peserta selama 3 hari.
iii. Menyertai PDT 1Pre selama 3 hari.
iv. Menyertai program sebenar.
v. Menghadiri penilaian 1 hari.
KEM PEMILIHAN PESERTA.
Kem pemilihan peserta akan diadakan selama 2 malam 3 hari. Seramai 200 orang peserta
akan dipanggil dari seluruh Malaysia menghadiri kem ini. Pemilihan berdasarkan pada
pencapaian markah tertinggi oleh peserta. Peserta dinilai berdasarkan kepada penyertaan
di dalam aktiviti yang dilalui juga kesesuaian program.
Bil Arahan Penilaian Panel Masa
1. Suaikenal/Interaksi
P e s e r t a d i k e h e n d a k i
m e n j a l a n k a n a k t i v i t i
suaikenal di dalam kumpulan
besar dan dikendalikan
s e n d i r i m e n g i k u t
pengalaman masing-masing
diikuti dengan pemecahan
kumpulan dan perlantikan
Jawatankuasa.
- Pengurusan/Organise
- Kuasa
- Aktif/Popular
- Understanding
- Outstanding
- Menceriakan suasana
120 minit
2. Group Discussions
Setiap kumpulan diberikan
t ajuk unt uk ber bincang
selama 45 minit dan hasil
perbincangan direkod untuk
diplenokan. Perbincangan
boleh dibuat didalam BM
tetapi BI adalah diutamakan.
- Penguasaan Bahasa
- Keterampilan/Imej
- Idea dan pengetahuan am
- Pengurusan masa
90 minit14 15
3. Dinamika Kumpulan
(Leadership)
Pertandingan di antara
kumpulan yang bertujuan
untuk mengumpul markah
kumpulan:-
- Human logo
- Tepuk sorak
- Garisan terpanjang
- Hebat
- Pengorbanan
- Toleransi
- Hormat perintah
- Hormat masa
- Nilai kesukarelaan
90 minit
4. Kerja Kumpulan/Teamwork
Tugasan kumpulan untuk
menyelesaikan masalah
- Kerjasama
- Semangat/Kecerdasan
- Dayajuang
- Dayasaing
150 minit
5. Bakat dan kesungguhan
Peserta dikehendaki
mengadakan 2 persembahan :-
1. Persembahan wajib
2. Persembahan pilihan
3. Persembahan kumpulan
besar
- Bakat
- Komitmen
- Kesungguhan
- Kebolehan
- Persefahaman
- Toleransi
150 minit
6. Public speaking
Setiap peserta diberikan
masa 5 minit untuk berucap
dan tajuk adalah bebas.
Peserta boleh mengunakan
BM walau bagaimana pun BI
diutamakan.
- Kelancaran Berbahasa
- Perwatakan
- Personaliti
- Kebolehan Berkomunikasi
150 minit
Setiap peserta diberikan markah penuh 100 % bagi setiap kategori dan peserta hanya
dikenali melalui angka giliran semasa pendaftaran dibuat. Angka tersebut dipakai
sepanjang masa mengantikan tag nama peserta kursus. Setiap panel penilai mempunyai
kertas carta pemberian markah dan akan dinilai sepanjang masa termasuk kemahiran
berinteraksi sesama peserta

PROGRAM BELIA ANTARABANGSA

UNIT HAL EHWAL BELIA ANTARABANGSA
(HEBA)

FUNGSI - FUNGSI
1. Menyelaras dan mengurus tadbir
p r o g r a m- p r o g r a m p e r t u k a r a n
belia secara bi-lateral (sehala) dan
multi- lateral (berbagai hala) di antara
M a l a y s i a d e n g a n n e g a r a -
n e g ar a lu ar yan g me mp u nyai
hubungan dan kepentingan bersama
di dalam konteks pembangunan belia.
2. Meneroka dan meluaskan jaringan
dari masa ke semasa di antara Malaysia
dan Negara - Negara luar di samping
berusaha menguatkan kesefahaman
dan kerjasama.
3. Menyelaras, memperkukuh ser ta
me mp e r t i n g k at k an h u b u n g an
de ngan ne gar a- ne gar a As e an,
Komanwe l dan Ape c me ne r us i
struktur dan mekanisme pengurusan
pelbagai peringkat untuk program -
p r o g r a m p e mb a n g u n a n b e l i a
masing - masing. Usaha ini dirancang
dan dilaksanakan melalui :
- Mesyuarat Menteri - Menteri
Belia Komanwel
- Mesyuarat Menteri - Menteri
Belia Asean
- Mesyuarat Menteri - Menteri
Belia Asean + 3
- Mesyuarat Pegawai - Pegawai
Kanan Asean dan Komanwel
- Per undingan program belia
Apec
4. Penentuan halatuju serta pemantapan
p r o g r a m p e mb a n g u n a n b e l i a
menerusi perkongsian pengetahuan,
pengalaman, kepakaran dan kapasiti/4 5
keupayaan negara - negara Asean,
Komanwel dan Apec.
5. Menyelaras dan mengurus tadbir
program-program pembangunan
belia di antara Malaysia dengan
Commonwealth Youth Programme
(CYP) As ia, Chandigar h, India.
6. Me n ye l a r a s d a n me w u j u d k a n
rangkaian tugas secara bersama
di antara KBS dan agensi kerajaan
bukan kerajaan di peringkat dalam
dan luar negara melibatkan program
antarabangsa.
7. Membuat hubungan koordinasi
dan membina kerjasama di antara
be lia - be lia Malays ia de ngan
pe r t ubuhan ant ar abangs a dan
serantau di samping menyelaras
p e n y e r t a a n b e l i a M a l a y s i a
di peringkat antarabangsa dalam
bentuk pertukaran, lawatan, forum,
persidangan,mesyuarat, seminar dan
juga perkhemahan.
LATAR BELAKANG
K e m e n t e r i a n B e l i a d a n S u k a n
member ikan fokus dan per hat ian
khusus kepada pengendalian program-
p r o g r a m a n t a r a b a n g s a s e b a g a i
langkah melengkapkan pendekatan,
p e n g i s i a n s e r t a p e r a n c a n g a n
program - program pembangunan
belia Negara. lni adalah juga untuk
me ne pat i has r at ke r ajaan unt uk
membina generasi muda yang dapat
berfikir dan bertindak secara global
dalam menangani isu - isu ser t a
c a b a r a n - c a b a r a n d a l a m a r u s
p e r d a n a p e m b a n g u n a n b e l i a
sedunia.
Program - program antarabangsa yang
dikelolakan oleh Bahagian Pembangunan
Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara
telah mula dilaksanakan sejak awal
tahun 1970an lagi. Program-program ini
melibatkan tiga kategori utama iaitu:-
1. Pertukaran Belia Antarabangsa Dua
Hala (Bi - Lateral)4 5
2. Pertukaran Belia Antarabangsa
Pelbagai Hala (Multi - Lateral)
3. Program Pertukaran Belia Secara
Undangan (Invitation)
Selain dar ipada it u terdapat juga
program - program belia yang terhasil
daripada usaha sama jaringan hubungan
dengan beberapa pihak yang berkhidmat
secara terus kepada pembangunan belia
serantau. Antara jaringan hubungan
yang dimaksudkan ialah:
1. Jaringan hubungan dengan badanbadan belia serta agensi - agensi
antara Kerajaan.
2. J a r i n g a n h u b u n g a n d e n g a n
pertubuhan - pertubuhan belia bukan
Kerajaan.
PERTUKARAN BELIA ANTARABANGSA
DUA HALA (BI - LATERAL)
Pe r t uk ar an B e lia ini me libat k an
penganjuran program secara bergilirgilir sama ada dalam tahun yang sama
mahupun ber t ur ut - t ur ut t ahun.
Melibatkan jumlah peserta di antara
15 - 20 orang dan jangka masa selama
7 - 10 hari bagi setiap kali lawatan.
Objektif menganjurkan program ini ialah
untuk meningkatkan persefahaman dan
kerjasama jangka panjang di kalangan
belia - belia yang terlibat di samping
me wujudk an jar ingan ke r jas ama
antarabangsa yang lebih luas.
Sehingga kini terdapat empat program
pertukaran dua hala yang masih aktif
dilaksanakan setiap tahun dengan
negara - negara seperti berikut:-
1. Program Pertukaran Belia Malaysia -
Korea (Malaysia - Korea Youth
Exchange Programme)
2. Program Pertukaran Belia Malaysia -
Fukuoka City Hall Jepun (Flight
Friendship Programme)
3. Pe r k he mahan B e lia Malays ia -
Singapura (Malaysia Singapore Youth
Camp)
4. Program Pertukaran Belia Malaysia -
Indonesia (Malaysia-Indonesia Youth
Exchange)
PERTUKARAN BELIA ANTARABANGSA
PELBAGAI HALA (MULTI - LATERAL)
Program per tukaran pelbagai hala
ataupun multi-lateral adalah pertukaran
yang melibatkan beberapa buah negara
di dalam satu program yang sama.
Antara program yang sangat popular di
kalangan belia masa kini ialah Program
Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun.6 7
1. Program Kapal Belia Asia Tenggara
Dan Jepun.
2. Korea - Asean Future Oriented Youth
Programme.
3. Program Per tukaran Belia Secara
Undangan (Invitation).
Program ini lebih mudah dilihat sebagai
program yang disertai oleh KBS dengan
menghantar peserta sama ada belia
ataupun di kalangan pegawai bagi
memenuhi undangan daripada manamana negara yang menganjur kan
sesuatu program yang ditujukan khusus
kepada belia. Program ini bersifat “one
off” atau dan tertakluk kepada pihak
penganjur. Terdapat beberapa program
yang dilaksanakan seperti ini dianjurkan
oleh beberapa buah negara termasuk
beberapa buah negara di ASEAN. Ada di
antaranya adalah untuk meraikan sesuatu
acara ataupun memperbincangkan
sesuatu isu yang terkini. Antara program
yang disertai ialah :-
- International Youth Camp
- National Youth Festival
- ASEAN Youth Day Meeting and Youth
Award
- Youth Ambassadors for Positive
Living
- As ia R e gio n al Yo u t h an d Se lf
Governance Workshop
- ASEAN + 3 Youth Festival
- Asia Pacific Youth Camp
- Regional Capacity Workshop
- ASEAN Youth Caucus
- China - ASEAN Youth Exchange
- China-ASEAN Young Entrepreneurship
Forum
- China - ASEAN Young Civil Servants
- China - ASEAN Youth Camp
- Escap Youth Policy
- ASIAN Regional Youth Caucus and
National Youth Council
- Regional Consultations on Youth At
Risk
- International 4H Workshop
- 2nd UNESCO Youth Conference
- UNESCO - General Conference Youth
Forum
- Youth Creativity Expo
- Asia-Europe Young Leaders Sympsium
- Commonwealt h Yout h For um
(CHOGM 2007)
- Training Of Trainers Workshop For
Women
- Malaysia - Fukuoka Youth Exchange
Programme
- ASEAN - China Young Entrepreneurs
Workshop
- SOM (Senior Officer s on Yout h)
and RYC (Regional Youth Caucus)
Meeting
Di samping itu terdapat juga lawatan
dar ipada be be r apa buah ne gar a
termasuk yang mewakli NGO belia
peringkat antarabangsa mengunjungi
KBS dan beberapa tempat latihan belia.
Antara lawatan yang telah diterima
ialah:-
- Lawatan Timbalan Menteri National
Service Namibia.
- L a w a t a n P e g a w a i A l l C h i n a
Federation, China.
- Lawatan Pegawai daripada Djizak City,
Uzbekistan.6 7
- Lawatan pegawai-pegawai Belia -
Korea.
- Lawatan dari KNPI - Sabang, Acheh.
- Lawatan dari Kementerian Belia
Bangladesh.
JARINGAN HUBUNGAN DENGAN
BADAN-BADAN BELIA SERTA AGENSIAGENSI ANTARA KERAJAAN (G TO G)
1. ASEAN SEKRETERIAT
Objektif
- Berfungsi untuk membantu
memudahkan dalam membuat
keputusan.
- Menekankan lebih kepada perkara
yang menjadi isu - isu utama di
kalangan Negara anggota.
- Berperanan di dalam mengatur
dan menguruskan penyediaan kepada
pelbagai mesyuarat yang berkaitan
dengan Jawatankuasa yang
ditubuhkan di bawah pengawasan
ASEAN Sekretariat.
Aktiviti - Aktiviti ASEAN SEKRETARIAT:
i. AMMY
(ASEAN Ministerial Meeting on Youth)
ii. SOM-Y
(Senior Official Meeting on Youth)
Antara fungsi utama SOM - Y ialah :
a. Membincangkan “viability” sesuatu
pr oje k pe mbangunan be lia di
peringkat ASEAN.
b. Mengenal pasti dan melaksanakan
projek pembangunan belia mengikut
k e u p a y a a n d a n k e ma mp u a n .
Malaysia dipertanggungjawabkan
u nt u k me laks an ak an p r o gr am
kepimpinan.
c. Mesyuarat setahun sekali di mana
Malaysia per nah menjadi t uan
rumah pada tahun 2000.
d. SOM-Y ju g a ad alah pe n as ih at
kepada ASEAN Ministerial Meeting on
Youth (AMMY).8 9
iii. Rakan Dialog
a) ASEAN + 3 (China, Jepun, Korea)
b) ASEAN - CHINA (secara terus)
c) ASEAN - KOREA (secara terus)
d) ASEAN - JEPUN (secara terus)
e) ASEAN - INDIA (secara terus)
2. KOMANWEL
Objektif
Obje kt if u t ama K o manwe l ialah
per undingan dan ker jasama. Ahli
pe me r int ah me n g e k alk an ku as a
sepenuhnya di dalam domestik dan
hubungan luar neger i. Komanwel
juga mempromosikan alam sekitar
d an me n ampu n g pe mban g u n an
sosial di dalam ahli Negara. Untuk
mencapai objektif tersebut, Komanwel
mempengaruhi koordinasi ekonomi,
alam sekitar dan polisi sosial untuk
m e n c a p a i , m e n y e i m b a n g k a n
d a n me ma j u k a n s t a n d a r d t a r a f
h i d u p w a r g a n e g a r a K o ma n we l.
Aktiviti - Aktiviti Komanwel
a) Mesyuarat Menteri - Menteri Belia
Komanwel (CYMM)
- Me mb o l e h k a n me n t e r i u n t u k
m e m i k i r k a n u n t u k m e m b u a t
kesimpulan serta membincangkan
perkara berbangkit yang dijadikan
dasar di dalam urusan belia sedunia.
- Memberi peluang kepada menteri
untuk bertemu rakan Komanwel dan
per tukaran pandangan di dalam
suasana tidak rasmi.
- Mengkaji operasi strategik dan arah
CYP dan memberi keutamaan dalam
tindakan terhadap pembangunan di
antara Komanwel.
- Menyediakan mandat, hala tuju dan
memacu CYP untuk kitaran operasi
seterusnya.8 9
b) Regional Advisory Board Meeting
(R A B ), C o mmo n w e a l t h Yo u t h
Programme (CYP) Asia
- Untuk memikirkan dan berbincang
t e n t a n g l a p o r a n m e s y u a r a t
Regional Advisory Board begitu juga
menjanakan perbincangan pada masa
hadapan pada keutamaan daripada
kawasan yang berlainan dan hala tuju
strategik kepada CYP.
- Unt uk mencapai seper set ujuan
pada RAB dan RYC perakuan untuk
pertimbangan di dalam CYMM.
- U n t u k me mi l i h P r e s i d e n Pa n
Commonweatlh Youth Caucus.
c) Regional Youth Caucus (CYP) Asia
- M e l e n g k a p k a n w a r g a n e g a r a
Komanwel dengan ilmu kritikal,
ke mah ir an d an p e lu an g yan g
efektif di dalam pembangunan dan
menentukan komuniti dan masyarakat.
d) Pan Commonwealth Youth Caucus
Pan Commonwealth Youth Caucus
bergabung dengan Regional Youth
Caucus (RYC). Ia terdiri daripada
perwakilan belia daripada Negara
Komanwel. Badan ini mencapai
Mesyuarat Menteri Belia Komanwel
(CYMM). Mesyuarat tersebut adalah
untuk :
- Menyediakan input CYMM, melalui
Pengerusi Pan Commonwealth.
- K e h a d i r a n s e b e l u m R e g i o n a l
Advisory Board sebelum CYMM.
- Menyediakan laporan belia kepada
CYMM.
- M e m p e r l e n g k a p k a n d e n g a n
perspektif belia kepada laporan.
Boar d of Gover nor s (BoG) dan
Executive Committee dan Midterm
Review.
- Memilih dan memberi penerangan
kepada Penger usi Caucus Naib
Pengerusi dan memastikan gender
seimbang.
PERTUBUHAN BANGSA - BANGSA
BERSATU (U.N.)
Tujuan PBB
- Menentukan keamanan antarabangsa
dan keselamatan.
- Untuk membangunkan perhubungan/
pertalian di antara Negara.
- Bekerjasama di dalam menyelesaikan
masalah antarabangsa.
- Mempromosikan secara hormat di
dalam hak asasi.
- M e n j a d i p e n g a n t a r a k e p a d a
tindakan keharmonian kepada Negara.
i. Perhimpunan Agung PBB (U.N.G.A)
- Sebagai satu - satunya alat PBB yang
dianggotai semua ahli, perhimpunan
Agung PBB menjadi forum bagi ahli
membincangk an is u mengenai 10 11
undang - undang antarabangsa dan
membuat keputusan mengenai fungsi
pertubuhan itu.
ii. U.N. Comission for Social Development
(UN. COSD)
- Ber fungsi unt uk Economic and
S o c i a l Co u n c i l o f t h e Un i t e d
Nations semenjak persidangan dunia
perjumpaan pemimpin - pemimpin
dunia untuk Pembangunan Sosial
Copenhagen pada 1995.
- Commision telah menjadi kunci
kepada badan Bangsa - Bangsa
Bersatu di dalam bertanggungjawab
dalam mengikuti dan implementasi
terhadap Deklarasi Copenhagen
dan tindakan yang dikenakan di
dalam program seperti mengambil
pembangunan sosial yang utama salah
satu sebahagian kepada susulan
daripada kesudahan persidangan
kemuncak Copenhagen.
iii.U.N. World Youth Forum
- For um pe r t ama UNESCO t e lah
diadakan pada Konferen General
(1999) dan sejak itu tersebut telah
diperkuatkan.
- Delegasi muda telah menghabiskan
tiga sehingga empat hari di dalam sesi
perjumpaan dan gerak kerja kumpulan
di mana satu laporan akhir diberikan
pertimbangan.
- L a p o r a n t e r s e b u t m e w a k i l i
kepada pembukaan sesi perjumpaan
Konferen yang menyeluruh bagi
me mbo le hk an s e t iap de le gas i
muda memberi pandangan, perkara
yang perlu diberikan perhatian dan
nasihat yang perlu diambil ke dalam
akaun mewakili ahli negeri (member
state) dan Sekreteriat UNESCO pada
Konferen yang menyeluruh.
iv.UNESCO (United Nation Educational
Scientific and Cultural Organization)
- Tujuan penubuhannya adalah untuk
menyumbang ke arah kedamaian dan
keselamatan dengan mempromosikan
kerjasama antarabangsa melalui
bidang pe ndidik an, s ains dan
kebudayaan.
- L i ma p r o g r a m u t a ma a d a l a h
pendidikan, sains semula jadi, sains
manusia dan sosial, kebudayaan,
komunikasi dan maklumat.
- Projek yang menerima penajaan
UNESCO termasuklah kemahiran
menulis dan membaca, teknikal dan
program latihan kepada guru - guru,
program Sains Antarabangsa, promosi
kebebasan bersuara dan media yang
bebas, projek sejarah kebudayaan
setempat, promosi kepelbagaian
budaya di dunia, perjanjian kerjasama
antarabangsa untuk kebudayaan
dunia dan warisan semulajadi dan
untuk memelihara hak asasi manusia
dan percubaan untuk menyatukan
rangkaian antarabangsa.
v.UNICEF (United Nation Children’s Fund)
- Me r upak an badan Pe r t ubuhan
bangsa - bangsa Ber sat u yang
member i bant uan kemanusiaan
d a n p e r k e m b a n g a n k e p a d a
kanak- kanak di selur uh dunia.
- UNICEF juga bergantung kepada
sumbangan kewangan dar ipada
kerajaan - kerajaan dan juga penderma
peribadi. 10 11
- Program - programnya menekankan
perkhidmatan menjaga kesihatan dan
kebajikan kanak - kanak di peringkat
masyarakat.
vi.UNDP (United Nation Development
Programme)
- Ag e n s i p e mb a n g u n a n Un i t e d
Nation (UN) dengan tanggungjawab
trans - sectoral yang meluas, UNDP
fokus kepada program belia di mana
mempunyai dimensi yang berlainan
kerja.
- Pr ogr am me numpuk an ke pada
tahap sesuatu Negara, dan lazimnya
ke arah Belia yang mana masih tinggal
di dalam kemiskinan.
vii. AP EC (As ia Pac ific Eco n o mic
Cooperation)
- Ker jasama ekonomi Asia Pasifik
(APEC ) me r upak an s at u for um
ekonomi sekumpulan Negara yang
b e r s e mp a d a n d e n g a n L a u t a n
Pasifik.
- Antara isu yang dibincangkan ialah
ekonomi serantau, kerjasama,
perdagangan dan pelaburan.
- Aktiviti APEC dalam pembangunan
Belia:-
a) Bengkel Keusahawanan Belia -
Monterrey, Mexico
b) ICT dan Belia - Beijing RRC
J a r i n g a n p e r h u b u n g a n B e l i a
per ingkat Ant ar abangsa- Bukan
Kerajaan
i. Asian Youth Council (AYC)
- As ian Yo u t h Co u n c il ad alah
b a d a n NGO ya n g b e r s t at u s
di dalam menjadi per unding 12 13
bersama dengan United Nation
Economic and Comision (ECOSOC).
- Keahlian AYC mengandungi Majlis
Belia Negara di dalam Asia.
- Dalam masa 3 tahun, AYC telah
me mp r o mo s i s e c a r a a g r e s i f
konsep Satu Asia yang mana cuba
mendapatkan sesuatu per talian
politik, ekonomi dan jarak sosial di
antara masyarakat Asia.
ii. C o m m i t t e e fo r A S E A N Yo u t h
Cooperation (CAYC)
- CAYC adalah badan mengkoordinasi
majlis belia Negara di dalam bahagian
ASEAN.
- I a a d a l a h o r g a n i s a s i b u k a n
mengamalkan keuntungan dan
mencar i dan memper tahankan
prinsip ASEAN di mana di antara
belia ASEAN mempromosikan,
keamanan, berkecuali, perpaduan
dan kemakmuran.
iii. World Youth Assembly (WAY)
- World Youth Assembly ialah
Badan Antarabangsa yang
mengkoordinasikan majlis belia
Negara dan organisasi.
- Ahli penuh WAY adalah Majlis Belia
Negara.
- WAY beker ja mempr omosikan
be lia dan or ganis as i be lia di
dalam pr o gr am me r angkumi,
peker jaan belia, per sekit ar an,
hak asasi, demokrasi, populasi,
kesihatan, dadah, pembangunan
komuniti dan latihan kepimpinan.
iv. World Assembly of Muslim Youth
(WAMY)
- Adalah agensi belia bukan kerajaan
dan kumpulan pelajar yang menjadi
ahli gabungan United Nations.
- la mendefinasikan sebagai “organisasi
yang bebas dan forum Islam yang
menyokong organisasi dan amat
memerlukan komuniti dunia yang
lain”. Ibu pejabat Antrabangsa WAMY
terletak di Arab Saudi dan organisasi
ini me mpunyai 5 5 t ambahan
Negara dan gabungan dengan 500
pertubuhan Belia Muslim dalam lima
benua.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More