Sunday, 2 October 2011

KUBANG PASU DI MATA KITA

BUKIT WANG...

Terletak 12 km dari Pekan Jitra atau 40 km dari Alor Setar dan boleh dihubungi dengan jalan raya. Terdapat beberapa ciri keistimewaan Rimba Rekreasi Bukit wang iaitu Sungai Tosak sepanjang 1.5 km dengan keunikan batu batannya sesuai sebagai kawasan mandi-manda, flora fauna yang hijau, denai hutan sejauh 3 km mengelilingi hutan lipur ini dan 1.5 km yang lain boleh menghubungkan hutan lipur ini dengan Hutan Lipur Puncak Janing,

batu dinding yang sesuai untuk aktiviti lasak dan mencabar, deretan pokok palma yang menarik serta deretan pokok Permatang Seraya yang berukuran melebihi 120cm diameter tumbuh secara semulajadi. Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan di sini ialah 15 buah chalet, 16 buah pondok rehat, 3 unit tandas awam, 10 buah gerai, sebuah kolam renang untuk kanak-kanak, jambatan batu, 2.4 kilometer kawasan untuk jungle tracking, sebuah surau dan sebuah dewan untuk kemudahan para pelancong atau pelawat.

Terletak di kaki Bukit Kepelu dan merupakan antara gua yang berpotensi dimajukan. Mempunyai keluasan kawasan lebih kurang 5.33 hektar. Jabatan Pengairan dan Saliran daerah Kubang pasu bertanggungjawab membangunkan beberapa kemudahan seperti menyediakan bangku-bangku untuk pengunjung serta memperindahkan kawasan sekitarnya.


Terletak berdekatan Pekan Padang Sera. Makam ini mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri dan sesuai untuk dilawati
Makam Tengku Anom
Terletak di Kampung Pulau Pisang, Mukim Tunjang. Makam ini telah dikenalpasti oleh Muzium Negara sebagai kawasan sejarah dan usaha pemuliharaan serta pengekalan keindahan serta kebersihannya telahpun dilaksanakan.



Taman Rekreasi Lye Huat yang terletak di Kubang Pasu, Kedah telah dibangunkan oleh Dato' Lim Lye Huat pada tahun 2002. Semasa taman rekreasi ini baru dibangunkan pada awal tahun 1994, ia dinamakan sebagai Lye Huat Stone Art Gallery. Pada mulanya, taman rekreasi ini dibangunkan atas dasar minat peribadi pemiliknya Dato' Lye Huat sahaja. Namun atas saranan rakan-rakan, beliau telah membukanya untuk kunjungan orang ramai. Kini orang ramai boleh menikmati keindahan taman rekreasi ini dengan bayaran masuk RM8.00 sahaja. Orang ramai yang berkunjung ke sini boleh menikmati keindahan lanskapnya yang unik serta menyaksikan Pameran Karya Seni, Jendela Air Tawar serta Zoo Mini.


Taman Rekreasi Air Darul Aman berkeluasan 91.7 ekar adalah antara salah satu daya tarikan yang terdapat di daerah Kubang Pasu. Taman ini mempunyai tasik berkeluasan 26.3 ekar dan turut menyediakan trek pejalan kaki sepanjang 2.4 km. Taman Tema Air sesuai dikunjungi untuk tujuan beriadah kerana menyediakan kemudahan berkayak, serta permainan tema air yang menarik.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More