CERITA LAMA...FIKIRKAN..KEMBALI
Sejarah tercipta di Kubang Pasu
Sayang seribu kali sayang, hari ini tercipta satu sejarah di Kubang Pasu. Setelah berminggu-minggu tajuk perbualan di warung-warung kopi ….. mengenai isu Tun M bertanding G7 untuk dipilih ke Perhimpunan Agung UMNO, November ini, akhirnya persoalan tersebut terjawab juga akhirnya.
Walaupun dipujuk, dirayu agar menarik diri, Tun M tetap gagah melangkah sebagai pejuang. Takkan berundur selagi belum tewas. Tidak mudah dirayu, tidak mudah dipujuk, hatinya keras sebagai pejuang.
Inilah pejuang sejati. Pejuang yang berani, tegas dan berwawasan. Aku kagum dengan Tun M walaupun mungkin aku akan dikatakan sebagai tidak mempunyai pendirian. Bukan, aku bukan tidak berpendirian, kerana aku bukannya menyokong pembangkang. Aku sayangkan pemimpin-pemimpin UMNO, yang hari ini terpaksa berbalah kerana keegoan masing-masing.
Mungkin pendekar-pendekar UMNO boleh ketawa bergembira hari ini. Tun M telah berjaya ditewaskan di Kubang Pasu. Aku yakin, Tun M akan ditertawakan oleh pendekar-pendekar UMNO, namun aku juga kecewa, kerana kita terpaksa berbalah buat kali ini.
Sebagai orang muda, ke mana arah harus ku tuju. Biarlah masa dan keadaan yang menentukan segala-galanya.
Hari ini, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad gagal terpilih sebagai perwakilan UMNO bahagian Kubang Pasu ke perhimpunan agung UMNO November ini. Dalam pemilihan hari ini, beliau memperolehi 227 undi untuk menduduki tempat kesembilan daripada 15 calon yang bertanding.
Bagaimanapun, Datuk Mukhriz berjaya terpilih sebagai perwakilan dengan memperolehi 289 undi ditempat ke-lima.
Tun M, bersabarlah. Langit tidak selalu cerah. Kau menang bukan beerti kau benar, kau kalah bukan beerti kau salah. Yang benar tetap benar walau dipertikai, yang salah tetap salah walau diselindungkan. ~






0 comments:
Post a Comment