SOLAT HAJAT...
PEMBELAJARAN DAN PEMAHAMAN..
Solat sunat hajat adalah solat yang dilakukan untuk meminta sesuatu hajat yang besar mahupun hajat yang kecil, untuk dicapai, solat sunat hajat dilakukan pada malam hari iaitu 2/3 malam terakhir. Solat sunat ini dilakukan dalam 2 rakaat. Solat sunat ini mempunyai kelainan kerana pada sujud yang terakhir, mukmim yang melakukan solat hajat itu perlu memuji-muji Allah dan besertakan dengan niat hajat yang hendak dicapai. Sesudah melakukan solat hajat, perlu berdoa sekali lagi agar permintaan mudah di makburkan.
PANDUAN SOLAT HAJAT:
Mandi terlebih dahulu dan mengambil wuduk. Pakaian yang bersih, yang afdal berwarna putih.
Lafaz Niat:
أصَلِّي سُنَّةَ الحَاجَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
“Ushollii sunnatal haajati rok’ataini lil laahi ta’aalaa”
Ertinya:
“Sahaja aku solat hajat dua rakaat kerana Allah Taala”
SEBENARNYA SOLAT HAJAT BOLEH DILAKUKAN DALAM 22 CARA SOLAT. HANYA CARA SOLAT HAJAT PERTAMA, KEDUA, KETIGA DAN SOLAT HAJAT KEEMPAT DITERANGKAN KALI INI.
1.Cara Solat Hajat yang pertama – Dibuat sebanyak 2 rakaat, Baca mana-mana ayat lazim selepas surah Al-Fatihah. Selepas salam masih mengadap kiblat, baca surah Alam nashrah (Al-syarh) sebanyak 152 kali. Kemudian mohonlah segala hajat pada Allah SWT.
2.Cara Solat Hajat yang kedua – Dibuat sebanyak 2 rakaat. Rakaat Pertama dibaca surah Al-Fatihah sekali dan Surah Al-Kafirun 10 kali. Rakaat Kedua dibaca surah Al-Fatihah sekali dan surah Al-Ikhlas 10 kali.
Apabila selepas memberi salam, hendaklah sujud dan membaca selawat keatas nabi sebanyak 10 kali:
"Allaahumma sholli ‘alaa habiibika sayyidinaa Muhammadin wa aalihi wa shohbihi wa sallim".
Kemudian membaca Tasbih 10 kali:
"Subhaanallah walhamdu lil-laah wa laa ilaaha illallaah wal llaahu akbar. wa laa haula wa laa quwwatta illaa bil laahil ‘aliyyil ‘azhiim."
Kemudian Doa ini 10 kali:
"Robbanaa aatinaa fid dunyaa hasanah, wafil aakhirati hasanah, wa qinaa ‘adzaaban naar."
Kemudian mohonlah segala hajat semasa waktu dalam keadaan sujud.
3.Cara solat hajat yang ketiga – Sebelum solat, mengucapkan Asktaghfirullahal' adzim seberapa banyak yang boleh untuk memohon keampunan dan keredaan daripada Allah SWT. Baca Al-Fatihah sekali dan hadiah pahalanya kepada Nabi besar SAW, seterusnya kepada sekalian roh sahabat-sahabat, keluarga-keluarga mereka, para-para tabi’in, wali Allah dan ulama as solihin serta kaum Muslimin dan Muslimat.
Kemudian baca Surah Yasin sebanyak 4 kali berturut-turut kemudian baca doa berikut:
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Maha Suci (Allah) yang melepaskan dari setiap hutang,Maha Suci (Allah) yang melegakan dari setiap kesedihan. Maha Suci (Allah) dimana urusanNya diantara Kaf dan Nun,Maha Suci (Allah) dimana apabila Dia berkehendak untuk membuat sesuatu, Dia akan berkata; jadi, maka iapun terjadi. Wahai Yang Maha Hidup dan Maha Berdiri, rahmatilah penghulu kami Muhammad dan lakukanlah untukku (tunaikanlah hajat ini)…………sebutkan apa-apa hajat anda dan anda bangun untuk menunaikan solat hajat sebanyak dua rakaat seperti kaifiat solat hajat yang ke-2 tadi.
4.Cara solat hajat yang keempat – Dibuat sebanyak 6 rakaat dengan 3 salam. Mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahiim sebanyak 786 kali. Kemudian solat sebanyak 6 rakaat dan 3 salam berturut-turut. Pada setiap rakaat hendaklah membaca Al-Fatihah dan diiringi surah Alam nashrah (Al-syarh) sebanyak 15 kali seterusnya dibuat setiap-tiap rakaat.
Apabila selesai baca doa ini:
Ertinya:
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, wahai Allah sesungguhnya aku meminta dan kelebihan nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Dan aku meminta dari Mu dengan kebesaran nama Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Dan aku meminta dariMu dengan kemuliaan dan kekayaan nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim.Dan aku meminta dariMu dengan kehebatan nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim dan dengan kehormatan nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim dan jabarut dan malakut dan kebesaran nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim dan dengan keagungan, kekuatan dan kudrat nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim, angkatlah qadarku, permudahkanlah urusanku,tutupilah kelemahanku dan cukupkanlah kefakirannku”
Wasallam.
Posted in: SOLAT
Reactions:
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
10 ulasan anda:
Tanpa Nama says: Selasa, Jun 14, 2011 2:53:00 AM Reply
salam.
terima kasih sbb postkan cara2 nak kerjakan solat hajat. saya dah pun lakukannya tadi.tapi saya ada sedikit kemusykilan.
- dikatakan adalah afdal jika memakai pakaian putih. tadi saya memakai baju putih dan tuala putih saja kerana takde seluar berwarna putih. boleh ke macam tu?
- selepas habis solat, saya telah membaca selawat, tasbih dan doa itu dalam keadaan duduk dan tidak bersujud seperti yang disuruh. adakah bermakna yang solat hajat saya itu tidak sah?
- selepas selesai ketiga2nya, saya pun memohon hajat yang diingini dan selepas itu membaca pula doa pengasih (surah yasin ayat 36 dan surah yusuf ayat 4) dan menyeru nama orang yang dikasihi. masalahnya, saya masih tidak menghafal ayat2 tersebut dan telah merujuk kepada kertas yang telah dituliskan ayat2 berkenaan di dalam rumi. bolehkah ?
diharap dapat jelaskan kemusykilan saya ni. terima kasih ya
Captain says: Selasa, Jun 14, 2011 7:43:00 AM Reply
@Anonymous Asalkan kainnya putih... insyaAllah baik lagi afdal.
Tuan solat hajat yg biasa dilakukan selalu oleh orang. Solat tsb tetap sah. Boleh baca selepas habis solat tetapi duduknya seperti dududk diantara dua sujud dan mengadap ke kiblat.
Tidak mengapa membaca dari kertas. Asal tahu maknanya sekali dlm hati semasa membaca doa tsb.
InsyaAllah buat lagi solat hajat ini banyak kali semuga Allah perkenankan hajat tuan.
Selepas ini jika tuan nak lakukan solat hajat yang lebih sempurna. Lakukan pd 2/3 malam. Tidur dahulu.
1. Bila bangun mandi taubat... niatnya: shj aku mandi taubat zahir dan batin kerana Allah taala. Simpan air yg belum digunakan, jika tak guna shower. Jangan gunakan air yg sudah termasuk air mandi yg lps.
2. Lakukan solat taubat 2 rakaat.
3. Lakukan solat Hajat.
4. Akhir sekali lakukan solat Tahajjud dan penutup solat witir.
Jika terdaya lakukan semua diatas..
SEmuga tuan dirahmatiNya.
Read more: http://www.resepirahsiaku.com/2009/08/derma-amal-jariah-nusantara.html#ixzz1PCacyn61
Tanpa Nama says: Selasa, Jun 14, 2011 2:08:00 PM Reply
terima kasih kerana menjawab kemusykilan saya.
-kena tidur dulu ke? sebab semalam saya melakukan solat hajat tu kira2 pukul 2.30 pagi dan selepas itu baru saya tidur.
-dan pasal mandi tu, saya mandi biasa je, gunakan air dari baki mandi yang lepas.
-saya tak lakukan solat taubat lagi , tuan. semalam pun solat hajat saya tak berapa nak khusyuk sebab saya tak biasa. terus terang bercakap, saya sebenarnya rasa agak.... takut dan tidak berapa khusyuk. lagipun, tanggungjawab selepas melakukan solat taubat ini agak besar, saya takut tak tertanggung pulak nanti.
-jadi saya boleh lakukan semua solat ni sekali tanpa tidur dulu dan lepas tu bangun balik dan lakukan tahajjud?
untuk pengetahuan tuan, saya juga sedang berpuasa dan ini adalah hari kedua saya menjalani ibadah tersebut. saya telah bercadang dan berniat untuk berpuasa selama tujuh hari dan tujuh malam untuk mendekatkan diri saya dgn allah dan semoga dosa2 saya diampunkan. selain dari itu, saya juga ingin mencari ketenangan jiwa dan juga beberapa jawapan kepada persoalan saya. oleh itu saya telah berniat sahaja aku puasa sunat esok hari kerana allah taala. bolehkah ini dikira sebagai puasa sunat ataupun adakah dia dikira sebagai puasa nazar?
dan saya adalah seorang gadis, sebenarnya. saya telah banyak melakukan dosa dan ingin mendekatkan diri saya kepada tuhan. saya telah banyak melakukan dosa dgn lelaki yang namanya saya ingin seru itu. saya ingin berkahwin dgnnya, insyaAllah. biarlah dosa saya dgn lelaki itu menjadi dosa yang terakhir. saya mahu dia juga bertaubat dan menjadi seorang muslim yang sejati.
justeru itu saya juga mengamalkan doa api nabi ibrahim "qulna yana rukuni bardan ala ibrahim" atas saranan ibu angkat saya. ayat ini disuruh baca dan dihembus ke mukanya apabila berjumpa. adakah ayat ini berkesan?
Captain says: Rabu, Jun 15, 2011 12:19:00 AM Reply
@Anonymous Salam adik kerana kamu mungkin sebaya adik saya.. Tujuan tidur kerana nak dahulukan solat tahajjud. Solat tahajjud kena tidur dahulu walapun sekejap shj. Tapi tak apa jika belum tahu bagaimana nak lakukan solat tahajjud. Rajinx dtg buka dan baca caranya...isyaallah. Niat yg ada Allah tahu.
Sebaiknya adik buat solat taubat dahulu. Usah fikirkan perkara yg lepas. Jangan diulangkan dosax yg lps. Sementara masih sempat lakukan solat taubat dahulu dan kemudian lakukan solat hajat. Allah itu Maha Pengampun kepada hambaNya yg ingin berubah ke arah yg baik dan diredhai. Jika kesilapan yg lalu kerana tersilap langkah, maka pohonkan keampunan darinya. Minta Allah tunjukkan jalan yg benar,minta tetapkan iman dan minta dijauhkan maksiat dari nafsu yg jahat.
Solat hajat buat lagi dan perbaiki bacaannya dan hati yg khusyuk supaya Allah makbulkan hajat itu nanti.
Doa api Nabi Ibrahim itu, bacalah selagi ia adalah ayat suci Allah swt. Kesan atau tidak berkesan itu hanya Allah yg tahu.
Yang penting niat baik disertai dengan hati yg ikhlas dan ingin menjadi muslimah yg menurut perintahNya dan meninggalkan laranganNya.
Jazakallahu khairan..Semuga Allah swt memberi balasan baik kepada kamu..
Tanpa Nama says: Jumaat, Ogos 19, 2011 2:01:00 PM Reply
ASSALAMMUALAIKUM.. saya tidak hafal dengan bacaan yang ada dalam solat hajat ni~ boleh kah saya bawa kertas? dan letakkannye di depan saya? boleh?
Captain says: Jumaat, Ogos 19, 2011 3:34:00 PM Reply
@Anonymous salam..dibolehkan letak kertas yg dituliskan asal bacaannya betul.
jazakallahu khairan.
Tanpa Nama says: Jumaat, Ogos 19, 2011 10:17:00 PM Reply
terima kasih~ syukran
Tanpa Nama says: Isnin, Oktober 10, 2011 5:13:00 AM Reply
assalamuailkum....saya nak tanya,jika kita solat hajat dengan membca surah al kafirun sekali pada rakaat pertama,dan membaca surah al ikhlas sekali pada rakaat kedua,adakah ia dikira sah @tidak?minta penjelasan...
Captain says: Isnin, Oktober 10, 2011 7:59:00 AM Reply
salam tanpa Nama,
Solat tu tetap sah, walaupun hanya membaca 1 surah al- kafirun, dan 1 surah al-ikhlas. Hanya hajat kita sahaja yg Allah nak makbulkan...semua urusanNya... Kita ikut apa yg di suruh baca.
Biar lengkap bacaan kerana Allah swt suka mendengar bacaan hambaNya. Jika sedikit bacaan begitu juga hasilnya. Wallahualam.
JAWATAN KOSONG PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA (MYIPO)
-
Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), sebuah agensi yang mempunyai
autonomi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (...
10 years ago
0 comments:
Post a Comment